Pengikut

Khamis, 4 Februari 2010

Majlis Persaraan Tn Hj Ustaz Kadis Bin Ringin


'Punc card' terakhir Ustaz Kadis
Tn Hj Kadis diiringi Pasukan Kadet Polis dan paluan kompang ke pentas.
1 Februari 2010 merupakan hari terakhir Tn Hj Ustaz Kadis Bin Ringin bertugas sebagai guru atau kakitangan awam. Beliau telah berkhidmat sebagai guru selama 33 tahun. Sehubungan itu, majlis persaraan telah diadakan untuk beliau oleh pihak sekolah. Antara acara yang terkandung dalam majlis ini ialah persembahan pelajar dan ucapan terakhir Tn Hj Ustaz Kadis Bin Ringin serta jamuan makan tengah hari untuk warga pendidik dan staf SMKTPG. Ustaz Kadis yang saya kenali memang seorang yang mudah mesra dan senang bergurau dengannya. Pengalaman makan angin bersama Ustaz Kadis menyebabkan saya lebih dekat dengan beliau. Bulan April nanti kami akan ke Kota Kinabalu, Sabah. Ustaz Kadis sering dijadikan sumber rujukan dalam kalangan guru sekolah terutamanya tentang permasalahan agama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan