Pengikut

Jumaat, 23 Mac 2012

KEPUTUSAN STPM PRA U SMKTPG 2011

Tahniah diucapkan kepada warga SMK Telok Panglima Garang amnya dan warga Pra U SMK Telok Panglima Garang khususnya atas kejayaan memperoleh 96.5% kelulusan dalam peperiksaan STPM 2011 yang baru saja diumumkan pada hari ini. Seramai 58 orang calon telah menduduki peperiksaan STPM pada 2011. Dalam keputusan yang diperolehi pada jam 2 petang tadi pelajar terbaik keseluruhan disandang oleh Nurul Hazwani bt. Saini pelajar 6AK2. Beliau memperolehi 1A 2A- 1B. Tahniah diucapkan kepada beliau dan juga pelajar-pelajar lain yang berjaya. Kepada yang tidak berjaya anda masih berpeluang memperbetulkan kesilapan. Jangan mudah putus asa.

PELAJAR TERBAIK STPM PRA U SMKTPG 2011:
NURUL HAZWANI BT. SAINI (6AK2)
PNGK= 3.59
1A 2A- 1B

Tahniah juga diucapkan kepada guru-guru Pra U SMKTPG yang turut bertungkus lumus bagi memastikan kejayaan semua pelajar. Pelbagai aktiviti dan program yang telah dilakukan sepanjang tahun 2010 dan 2011 nampaknya berbaloi dan menampakkan hasil. Semoga ini menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Kepada pelajar-pelajar Pra U yang berada di 6 Atas pada masa kini jadikan ini inspirasi serta motivasi kepada semua untuk menggalas cabaran pada STPM 2012 nanti....

STPM Baharu (Sistem Modular)

Bermula pengambilan Tingkatan 6 Bawah sesi 2012/2013; Sistem Baharu STPM iaitu Sistem Modular akan diperkenalkan. Majlis Jemaah Menteri (MJM) telah meluluskan pelaksanaan ini pada 4/Januari/2012.

Pelajar Tingkatan 6 bawah tahun 2012 merupakan kohot pertama sistem pentaksiran baharu STPM yang akan menduduki peperiksaan penggal 1 persekolahan Tingkatan Enam pada November 2012 dan juga buat pertama kalinya akan melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Makluman berhubung dengan aspek kandungan pengajian, sistem pentaksiran baharu STPM dibahagikan kepada tiga bahagian kurikulum berdasarkan kelompok tajuk atau mengikut kesesuaian bidang disiplin berkenaan untuk mengisi tiga penggal iaitu penggal 1, penggal 2 dan penggal 3 dalam tempoh pengajian selama satu tahun setengah!


SURAT PEKELILING PEMBERITAHUAN STPM BAHARU 2012/2013:


Sukatan Pelajaran STPM Baharu 2012/2013:


PERATURAN & SKEMA PEMARKAHAN: