Pengikut

Sabtu, 16 Julai 2011

Tips Bagaimana Membuat Ulangkaji

MENGULANGKAJI DENGAN BIJAK …
PERKARA RUTIN PELAJAR BUAT

Antara perkara-perkara yang anda harus lakukan dalam proses mengulangkaji adalah:

1. Membaca dan menyemak nota-nota bahan-bahan pelajaran sambil melengkapkan yang kurang. Ini akan memantapkan kefahaman dan ingatan anda terhadap subjek berkenaan.
2. Membaca buku teks. Tujuannya untuk memastikan anda benar-benar faham setiap prinsip, isu dan fakta yang dimuatkan.
3. Menjawab soalan-soalan latihan atau kerja rumah yang guru berikan. Ini akan membolehkan anda menguji kebolehan anda menjawab soalan yang sama dalam peperiksaan.
4. Mengkaji contoh-contoh jawapan peperiksaan tahun lepas bersama skEma jawapan. Ini akan membolehkan anda membiasakan diri menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan lebih yakin dan pantas.
5. Bersoal jawab bersama-sama rakan. Selain ini membolehkan anda mengenalpasti sama ada anda sudah cukup bersedia atau tidak menghadapi peperiksaan, pada masa yang sama, anda juga boleh mendapat penjelasan tentang bahagian-bahagian yang anda kurang faham dari rakan anda yang mungkin sudah menguasai bahan pelajaran itu.

PERKARA PELAJAR JARANG BUAT

* Buat jadual ulangkaji

Jadualkan juga masa berehat untuk mengurangkan ketegangan. Dalam mengulangkaji pelajaran, anda hendaklah berehat setiap 20 hingga 30 minit. Waktu rehat sekurang-kurangnya 5 minit. Selang-selikan topik mudah dengan susah dan juga pengiraan untuk mengurangkan ketegangan.

* Sediakan nota-nota ringkas, terutamanya bagi topik yang dijangka akan keluar. Nota ringkas mudah di simpan dalam kocek dan di bawa ke mana-mana.
o Peta minda meringkaskan topik dipelajari dalam bentuk “point”. Memudahkan pelajar membuat ulangkaji.
o Tumpukan pada topik utama sahaja. Tanya guru anda untuk mendapatkan “hint” (bayangan) tentang topik yang mungkin akan disoal di dalam peperiksaan.
o Semak contoh-contoh soalan tahun-tahun yang lalu supaya anda dapat menjangka bentuk jawapan yang diperlukan.
o Buat rangka jawapan topik-topik yang dijangka keluar berdasarkan soalan-soalan peperiksaan yang lepas.
o Latih diri anda menjawab soalan-soalan peperiksaan yang lepas mengikut waktu yang telah ditetapkan.
o Rujuk kepada guru apabila menghadapi masalah berhubung dengan pelajaran.
o Jangan sekali-kali ponteng kelas ketika hampir peperiksaan. Anda mungkin tertinggal tip-tip penting yang diberikan oleh guru atau pensyarah anda.

Tempoh Mengulangkaji (Pecutan Akhir)
Adalah mustahil untuk menyatakan dengan tepat jumlah masa yang perlu diperuntukkan untuk mengulangkaji kerana kemampuan seseorang itu berbeza. Ada pakar yang mengatakan bahawa masa mengulangkaji perlu dilakukan selama 3 bulan. Ada pula yang berpendapat selepas peperiksaan percubaan kerana anda telah menamatkan tempoh belajar bagi menghadapi peperiksaan percubaan. Yang lain pula mengatakan selama 3 minggu. Ada juga yang berpendapat mengulangkaji secara ringkas setiap minggu akan menambahkan keyakinan seseorang itu menghadapi peperiksaan. Tetapi, sebagai panduan, 6 hingga 8 minggu di saat terakhir peperiksaan merupakan tempoh yang baik untuk memulakan proses mengulangkaji. Namun, bagi pelajar yang lemah hendaklah proses mengulangkaji pecutan akhir ini dibuat lebih awal daripada yang disarankan di atas.

Anda mungkin perlu membuat ulangkaji beberapa kali sehinggalah anda benar-benar dapat menguasai setiap mata pelajaran anda.

UJI DIRI PELAJAR.
Anda haruslah menilai sejauh mana anda dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan.

Berikut ini dipaparkan beberapa cara di mana anda boleh menilai serta memperbaiki keupayaan anda menjawab soalan-soalan dalam peperiksaan.

1. Penilaian Dari Ujian dan Latihan
Ujian / Peperiksaan yang dijalankan dalam kelas merupakan satu bentuk penilaian terhadap kefahaman dan keupayaan anda menjawab soalan-soalan peperiksaan yang sebenar. Berdasarkan keputusan ujian / peperiksaan tersebut, anda akan dapat mengetahui tahap penguasaan anda terhadap mata pelajaran-mata pelajaran anda. Melalui keputusan ujian tersebut, anda boleh memperbaiki segala kelemahan anda bagi menghadapi peperiksaan yang sebenar dengan jayanya.

2. Penilaian Dari Contoh Jawapan
Anda juga boleh menguji tahap keupayaan anda dengan menjawab soalan-soalan contoh jawapan. Selepas anda menjawab soalan contoh jawapan, bandingkan jawapan anda dengan contoh jawapan. Kenalpasti di manakah kelemahan anda dan buat pembaikan sewajarnya.

3. Penilaian Secara Lisan
Contohnya, seorang pelajar menyoal kawannya dan meminta beliau menghuraikan secara lisan sehingga yang satu pihak lagi berpuas hati.

KENAL PASTI KELEMAHAN DAN PERBAIKI

Mencari Sebab (Post-Mortem)
Anda perlu mengkaji kelemahan anda setiap kali anda selesai menjawab soalan-soalan ujian. Setelah anda selesai membuat latihan ujian, semak setiap jawapan yang anda buat. Sekiranya jawapan anda salah, lakukan ‘post-mortem‘ (suatu proses mencari sebab kelemahan dan kekuatan). Setiap kesilapan ada sebab-sebabnya dan ini merupakan perkara utama yang perlu anda atasi.

Umumnya, kelemahan-kelemahan anda boleh diatasi dengan:-

* Segera / selalu bertanya kepada guru/rakan tentang masalah anda dalam pelajaran.
* Mendapatkan jawapan-jawapan yang betul bagi jawapan yang salah.
* Mengulangkaji dan membaca nota-nota anda dengan kerapkali.
* Memahirkan diri dengan teknik menjawab soalan berpandukan contoh jawapan.

Diprtik daripada: http://cikgupa.wordpress.com

Semakan Keputusan UPU Lepasan STPM

Good news for all past year STPM candidates those who have applied for admission to universities, you can check the result now after 12 noon today. As usual, there are two methods how you can check your result by online or sms. Here’s how to check for IPTA Admission for STPM leavers for the academic session 2011/2012.

Online:

Laman Web Rasmi UPU

SMS :

Type UPU < Space > RESULT < Space > IC No

Send to 15888

Congratulations for thos who selected to furthr their studies

Ahad, 15 Mei 2011

SELAMAT HARI GURU




Sempena hari guru pada tahun ini, marilah kita merenung dan menghayati pepatah Melayu “Guru ibarat lilin, membakar diri untuk menerangi orang lain”. Pengertian ini sangat mendalam. Ia bermakna, guru sedia berkorban, masa dan tenaga demi memastikan anak didiknya berjaya. Sama ada di dunia dan akhirat.

Oleh itu, wajarlah seorang guru itu perlu dihormati dan disayangi. Tetapi sejak kebelakangan ini, rasa hormat dan sayang terhadap guru semakin terhakis. Bukan sahaja pelajar, malah ibu bapa juga menunjukkan sikap angkuh dan rendahkan guru.

Boleh dikatakan 99 peratus daripada lebih 360,000 guru di Malaysia adalah mereka yang sentiasa mempunyai rasa tanggungjawab dan detik hati kecil untuk membantu anak didiknya berjaya.

Tidak ada guru yang akan berfikiran sebaliknya malangnya masyarakat suka dan cepat melihat keburukan daripada kebaikan dengan memberi tumpuan kepada kejadian yang dilaporkan media mengenai keburukan dan menghukum dengan pandangan serong serta prasangka, khususnya ibu bapa.

Keadaan ini membimbangkan kerana kerap berlaku ibu bapa tanpa usul periksa hanya mendengar sebelah pihak dan menyerang guru dengan mengambil tindakan yang menjejaskan kewibawaan mereka.

Oleh itu, amatlah wajar sekali kita mengembalikan rasa hormat kepada guru dalam apa cara sekalipun di Hari Guru ini untuk mengenang jasa mereka kita.

Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada semua guru-guru yang pernah mengajar saya sejak peringkat rendah sehinggalah sekarang. GURU….Jasamu sentiasa dikenang, malah aku sentiasa berdoa…Semoga anda BAHAGIA dan diRAHMATI Allah SWT selalu.

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Sumber: http://www.izoblog.com/selamat-hari-guru-2010/

Rabu, 11 Mei 2011

MINGGU ORIENTASI PELAJAR BAHARU PRAUNIVERSITI SMKTPG 2011


MINGGU ORIENTASI PELAJAR BAHARU
PRAUNIVERSITI SMKTPG 2011

TARIKH:
9 - 13 MEI

Program Orientasi Prauniversiti SMKTPG bermula dari 9 - 13 Mei 2011 di Dewan Seri Panglima SMKTPG. Antara programnya ialah pendaftaran pelajar baru, taklimat pengetua, PK T6, Penyeleras Koku dan Penyelidikan, taklimat subjek dan kelas yang ditawarkan, program motivasi dan perkongsian ilmu pelajar terbaik STPM dan pensyarah IPTA (Alumni).

PELAJAR LELAKI

STAF AKADEMIK PRA U DENGAN BAJU BATIK BARU MENYAMBUT
KEDATANGAN PELAJAR BAHARU...

PELAJAR WANITA


Ahad, 8 Mei 2011

SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU PRA U SMK TELOK PANGLIMA GARANG

Warga Pra U SMKTPG mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar baharu Pra U yang akan mendaftarkan diri pada hari esok Isnin 9 Mei 2011. Kami menanti ketibaan saudara/saudari dengan tangan terbuka membawa seribu harapan untuk menggapai kecemerlangan. Diharapkan semua pelajar baharu menanam tekad dan azam untuk beroleh kejayaan.

Jumaat, 4 Mac 2011

Download Kertas Soalan

Kini anda boleh muat turun (download) kertas peperiksaan STPM samada percubaan atau soalan sebenar. Kepada individu berminat untuk berkongsi kertas soalan STPM sekolah masing-masing anda amat digalakkan. Terim kasih.....

Rabu, 2 Mac 2011

KEPUTUSAN STPM 2010

SMKTPG memperolehi 97.4% kelulusan. Satu keputusan yang membanggakan bagi seluruh warga SMKTPG amnya dan warga Pra Universiti SMKTPG khasnya. Pelajar terbaik ialah Yuhanis dari 6AK1 yang memperoleh 4A. Tahniah... Semoga ianya menjadi pemangkin kepada kecemerlangan Pra Universiti SMKTPG.

Khamis, 6 Januari 2011

SEMAK KEPUTUSAN MUET AKHIR TAHUN 2010

SEMAK KEPUTUSAN MUET AKHIR TAHUN 2010

Calon-calon MUET Akhir Tahun 2010 boleh menyemak keputusan mulai jam 12.01 tengah malam 6 Januari 2011 melalui SMS dengan menaip MUET No. K/P dan hantar ke 36363 atau MUET RESULT No. K/P dan hantar ke 15888. Selain itu calon juga boleh menyemak secara on-line di www.mpm.edu.my mulai jam 9.00 pagi 6 Januari 2011

KALENDAR PEPERIKSAAN STPM DAN MUET 2011


Tingkatan enam

Walaupun pendidikan sekolah menengah kebangsaan terdiri daripada 5 tingkatan, "Tingkatan Enam" digunakan untuk menamakan program prauniversiti STPM. Kementerian Pelajaran memilih sekolah menengah yang mempunyai kebolehan untuk menawarkan Tingkatan 6.

Tingkatan 6 bertempoh setahun setengah. Tingkatan 6 itu sendiri dibahagi kepada 2 peringkat; setengah tahun yang pertama dikenali sebagai Tingkatan Enam Bawah dan tahun kedua dikenali sebagai Tingkatan Enam Atas.

Pelajar tingkatan 6 pada kebiasaannya berlainan dengan pelajar di tingkatan yang lebih rendah, seperti memakai uniform yang berbeza dengan pelajar lain, diberi jawatan yang tinggi dalam aktiviti kokurikulum dalam persatuan dan terdapat juga pelajar di sekolah tertentu menghadiri perhimpunan dan mempunyai tempoh rehat yang berlainan dengan sekolah lain.

Kebanyakan pelajar bumiputera ditawarkan ke program matrikulasi.

Mata pelajaran

Calon STPM menduduki maksimum 5 mata pelajaran. Kertas peperiksaan bagi mata pelajaran sains dan matematik seperti Mathematics S, Mathematics T, Further Mathematics T, Perkomputeran (Computering), Fizik (Physics), Kimia (Chemistry) dan Biologi (Biology) ditawarkan dalam dwibahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sehingga 2007 di mana kertas peperiksaan bagi mata pelajaran tersebut ditawarkan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Bagi mata pelajaran yang lain, kertas peperiksaan masih disediakan dalam bahasa Melayu atau bahasa masing-masing.

Bagi peperiksaan STPM, pengambilan sebarang kombinasi mata pelajaran adalah dibenarkan iaitu pengambilan apa-apa mata pelajaran adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun, kebanyakan pelajar yang memohon universiti tempatan diwajibkan mengambil Pengajian Am. Kebanyakan sekolah atau kolej menawarkan kombinasi mata pelajaran berdasarkan aliran sains atau kemanusiaan.

Senarai mata pelajaran yang ditawarkan:

  • 900 Pengajian Am
  • 910 Bahasa Melayu
  • 911 Bahasa Cina
  • 912 Bahasa Tamil
  • 913 Bahasa Arab
  • 920 Literature in English (Sastera Bahasa Inggeris)
  • 922 Kesusasteraan Melayu
  • 930 Syariah
  • 931 Usuluddin
  • 940 Sejarah
  • 942 Geografi
  • 944 Ekonomi
  • 946 Pengajian Perniagaan
  • 948 Perakaunan
  • 950 Mathematics S
  • 954 Mathematics T
  • 956 Further Mathematics T
  • 958 Computing
  • 960 Physics (Fizik)
  • 962 Chemistry (Kimia)
  • 964 Biology (Biologi])
  • 966 Sains Sukan
  • 970 Seni Visual

PENGIRAAN PNGK

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


PENGIRAAN PURATA NILAI GRED KESELURUHAN PELAJAR



Format penyataan keputusan peperiksaan STPM yang baru akan melaporkan pencapaian calon dalam 11 gred seperti yang berikut :


GRED STPM

NILAI GRED MATA PELAJARAN

A

4.00

A-

3.67

B+

3.33

B

3.00

B-

2.67

C+

2.33

C

2.00

C-

1.67

D+

1.33

D

1.00

F

0.00