Pengikut

Rabu, 22 Februari 2012

Teknik Menjawab Karangan Laras Sastera dan Laras Sains STPM Pengajian Am

BAHAGIAN A dan B (KARANGAN LARAS SASTERA & KARANGAN LARAS SAINS)

KELEMAHAN PELAJAR

  1. Dapat mengenalpasti kehendak soalan tetapi sukar untuk mengenalpasti idea utama yang bertepatan dengan topik soalan.
  2. Bahasa masih kurang matang dan terdapat banyak kesalahan ejaan seperti kebanyakan dieja kebanyakkan dan penguasaan Bahasa Melayu yang masih lemah.
  3. Pelajar gemar memasukkan idea Laras Sastera ke dalam karangan Laras Sains seperti Kempen, Penguatkuasaan Undang-undang dsb.

TIPS MENJAWAB BAHAGIAN A & B

Soalan ada 2 bentuk :

  • Soalan Berbentuk Aliran Tertutup

Contoh : “Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.” Begitulah pepatah orang tua kita yang memberikan gambaran bahawa belia ialah golongan yang penting dalam memajukan sesebuah negara. Jelaskan ciri yang perlu ada pada golongan belia untuk merealisasikan hasrat pepatah ini. (STPM 2009)

–> Soalan ini memerlukan pelajar memberikan isi fokus kepada belia. Isi yang sesuai adalah berkaitan dengan apa yang perlu dimiliki oleh belia itu sendiri.

–> Contoh idea bersesuaian :

  1. Sifat peribadi tinggi
  2. Semangat patriotisme yang tinggi
  3. Individu yang memiliki nilai kemanusiaan.
  • Soalan Berbentuk Aliran Terbuka

Contoh : Pemanasan global yang meningkat sejak akhir-akhir ini berpunca daripada pelbagai sebab. Oleh itu pelbagai usaha perlu dicari bagi mengatasi permasalahan ini. Akibat daripada itu banyak kemusnahan yang akhirnya ditanggung oleh manusia. Bincangkan.

–> Soalan 3 laras persoalan : Punca, Akibat dan Usaha (1+1+1+1(mana-mana isi sama ada punca, akibat @ usaha))
–> INGAT ! Karangan ini adalah Laras Sains. Maka segala idea mesti berunsur sains.
–> Pelajar boleh memberi pelbagai punca, pelbagai akibat dan usaha (kerana skop karangan ini luas):

Contoh:

PUNCA

  1. Penerokaan hutan
  2. Aktiviti Perindustrian
  3. Penipisan Lapisan Ozon

AKIBAT

  1. Peningkatan aras laut
  2. Fenomena El-Nino
  3. Bencana alam
  4. Kesihatan manusia / penyakit
  5. Kemusnahan hidupan flora dan fauna

USAHA

  1. R & D (Research and Development) Penyelidikan dan pembangunan
  2. Teknologi satelit
  3. Tenaga alternatif
  4. Kitar semula

(INGAT ! Isi-isi seperti Kempen, Peranan Media Massa, Peranan NGO adalah laras sastera, akan menjadi tidak releven (TR) jika dimasukkan dalam Karangan Laras Sains)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan