Selasa, 16 April 2013
Hari Keluarga Warga Pra U SMKTPG Melaka 2013
Selasa, 23 Oktober 2012
TAKWIM PERSEKOLAHAN & PEPERIKSAAN 2013
Ahad, 14 Oktober 2012
Sabtu, 12 Mei 2012
PROGRAM MINGGU ORIENTASI PELAJAR PRAUNIVERSITI SMKTPG AMBILAN MEI 2012
Rabu, 18 April 2012
KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI DAN PROGRAM PENGANGTARABANGSAAN MEDAN 2012
Jumaat, 23 Mac 2012
KEPUTUSAN STPM PRA U SMKTPG 2011
PELAJAR TERBAIK STPM PRA U SMKTPG 2011:
NURUL HAZWANI BT. SAINI (6AK2)
PNGK= 3.59
1A 2A- 1B
Tahniah juga diucapkan kepada guru-guru Pra U SMKTPG yang turut bertungkus lumus bagi memastikan kejayaan semua pelajar. Pelbagai aktiviti dan program yang telah dilakukan sepanjang tahun 2010 dan 2011 nampaknya berbaloi dan menampakkan hasil. Semoga ini menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.
Kepada pelajar-pelajar Pra U yang berada di 6 Atas pada masa kini jadikan ini inspirasi serta motivasi kepada semua untuk menggalas cabaran pada STPM 2012 nanti....
STPM Baharu (Sistem Modular)
Bermula pengambilan Tingkatan 6 Bawah sesi 2012/2013; Sistem Baharu STPM iaitu Sistem Modular akan diperkenalkan. Majlis Jemaah Menteri (MJM) telah meluluskan pelaksanaan ini pada 4/Januari/2012.
Pelajar Tingkatan 6 bawah tahun 2012 merupakan kohot pertama sistem pentaksiran baharu STPM yang akan menduduki peperiksaan penggal 1 persekolahan Tingkatan Enam pada November 2012 dan juga buat pertama kalinya akan melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Makluman berhubung dengan aspek kandungan pengajian, sistem pentaksiran baharu STPM dibahagikan kepada tiga bahagian kurikulum berdasarkan kelompok tajuk atau mengikut kesesuaian bidang disiplin berkenaan untuk mengisi tiga penggal iaitu penggal 1, penggal 2 dan penggal 3 dalam tempoh pengajian selama satu tahun setengah!
SURAT PEKELILING PEMBERITAHUAN STPM BAHARU 2012/2013:
Sukatan Pelajaran STPM Baharu 2012/2013:
- 900 Pengajian Am
- 910 Bahasa Melayu
- 911 Bahasa Cina
- 912 Bahasa Tamil
- 913 Bahasa Arab
- 920 Literature In English
- 922 Kesusasteraan Melayu Komunikatif
- 930 Syariah
- 931 Usuluddin
- 940 Sejarah
- 942 Geografi
- 944 Ekonomi
- 946 Pengajian Perniagaan
- 948 Perakaunan
- 950 Mathematics (M)
- 954 Mathematics (T)
- 956 Further Mathematics
- 958 Information And Communications Technology (ICT)
- 960 Physics
- 962 Chemistry
- 964 Biology
- 966 Sains Sukan
- 970 Seni Visual
PERATURAN & SKEMA PEMARKAHAN:
Rabu, 22 Februari 2012
Teknik Menjawab Karangan Laras Sastera dan Laras Sains STPM Pengajian Am
BAHAGIAN A dan B (KARANGAN LARAS SASTERA & KARANGAN LARAS SAINS)
KELEMAHAN PELAJAR
- Dapat mengenalpasti kehendak soalan tetapi sukar untuk mengenalpasti idea utama yang bertepatan dengan topik soalan.
- Bahasa masih kurang matang dan terdapat banyak kesalahan ejaan seperti kebanyakan dieja kebanyakkan dan penguasaan Bahasa Melayu yang masih lemah.
- Pelajar gemar memasukkan idea Laras Sastera ke dalam karangan Laras Sains seperti Kempen, Penguatkuasaan Undang-undang dsb.
TIPS MENJAWAB BAHAGIAN A & B
Soalan ada 2 bentuk :
- Soalan Berbentuk Aliran Tertutup
Contoh : “Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.” Begitulah pepatah orang tua kita yang memberikan gambaran bahawa belia ialah golongan yang penting dalam memajukan sesebuah negara. Jelaskan ciri yang perlu ada pada golongan belia untuk merealisasikan hasrat pepatah ini. (STPM 2009)
–> Soalan ini memerlukan pelajar memberikan isi fokus kepada belia. Isi yang sesuai adalah berkaitan dengan apa yang perlu dimiliki oleh belia itu sendiri.
–> Contoh idea bersesuaian :
- Sifat peribadi tinggi
- Semangat patriotisme yang tinggi
- Individu yang memiliki nilai kemanusiaan.
- Soalan Berbentuk Aliran Terbuka
Contoh : Pemanasan global yang meningkat sejak akhir-akhir ini berpunca daripada pelbagai sebab. Oleh itu pelbagai usaha perlu dicari bagi mengatasi permasalahan ini. Akibat daripada itu banyak kemusnahan yang akhirnya ditanggung oleh manusia. Bincangkan.
–> Soalan 3 laras persoalan : Punca, Akibat dan Usaha (1+1+1+1(mana-mana isi sama ada punca, akibat @ usaha))
–> INGAT ! Karangan ini adalah Laras Sains. Maka segala idea mesti berunsur sains.
–> Pelajar boleh memberi pelbagai punca, pelbagai akibat dan usaha (kerana skop karangan ini luas):
Contoh:
PUNCA
- Penerokaan hutan
- Aktiviti Perindustrian
- Penipisan Lapisan Ozon
AKIBAT
- Peningkatan aras laut
- Fenomena El-Nino
- Bencana alam
- Kesihatan manusia / penyakit
- Kemusnahan hidupan flora dan fauna
USAHA
- R & D (Research and Development) Penyelidikan dan pembangunan
- Teknologi satelit
- Tenaga alternatif
- Kitar semula
(INGAT ! Isi-isi seperti Kempen, Peranan Media Massa, Peranan NGO adalah laras sastera, akan menjadi tidak releven (TR) jika dimasukkan dalam Karangan Laras Sains)
Sabtu, 16 Julai 2011
Tips Bagaimana Membuat Ulangkaji
PERKARA RUTIN PELAJAR BUAT
Antara perkara-perkara yang anda harus lakukan dalam proses mengulangkaji adalah:
1. Membaca dan menyemak nota-nota bahan-bahan pelajaran sambil melengkapkan yang kurang. Ini akan memantapkan kefahaman dan ingatan anda terhadap subjek berkenaan.
2. Membaca buku teks. Tujuannya untuk memastikan anda benar-benar faham setiap prinsip, isu dan fakta yang dimuatkan.
3. Menjawab soalan-soalan latihan atau kerja rumah yang guru berikan. Ini akan membolehkan anda menguji kebolehan anda menjawab soalan yang sama dalam peperiksaan.
4. Mengkaji contoh-contoh jawapan peperiksaan tahun lepas bersama skEma jawapan. Ini akan membolehkan anda membiasakan diri menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan lebih yakin dan pantas.
5. Bersoal jawab bersama-sama rakan. Selain ini membolehkan anda mengenalpasti sama ada anda sudah cukup bersedia atau tidak menghadapi peperiksaan, pada masa yang sama, anda juga boleh mendapat penjelasan tentang bahagian-bahagian yang anda kurang faham dari rakan anda yang mungkin sudah menguasai bahan pelajaran itu.
PERKARA PELAJAR JARANG BUAT
* Buat jadual ulangkaji
Jadualkan juga masa berehat untuk mengurangkan ketegangan. Dalam mengulangkaji pelajaran, anda hendaklah berehat setiap 20 hingga 30 minit. Waktu rehat sekurang-kurangnya 5 minit. Selang-selikan topik mudah dengan susah dan juga pengiraan untuk mengurangkan ketegangan.
* Sediakan nota-nota ringkas, terutamanya bagi topik yang dijangka akan keluar. Nota ringkas mudah di simpan dalam kocek dan di bawa ke mana-mana.
o Peta minda meringkaskan topik dipelajari dalam bentuk “point”. Memudahkan pelajar membuat ulangkaji.
o Tumpukan pada topik utama sahaja. Tanya guru anda untuk mendapatkan “hint” (bayangan) tentang topik yang mungkin akan disoal di dalam peperiksaan.
o Semak contoh-contoh soalan tahun-tahun yang lalu supaya anda dapat menjangka bentuk jawapan yang diperlukan.
o Buat rangka jawapan topik-topik yang dijangka keluar berdasarkan soalan-soalan peperiksaan yang lepas.
o Latih diri anda menjawab soalan-soalan peperiksaan yang lepas mengikut waktu yang telah ditetapkan.
o Rujuk kepada guru apabila menghadapi masalah berhubung dengan pelajaran.
o Jangan sekali-kali ponteng kelas ketika hampir peperiksaan. Anda mungkin tertinggal tip-tip penting yang diberikan oleh guru atau pensyarah anda.
Tempoh Mengulangkaji (Pecutan Akhir)
Adalah mustahil untuk menyatakan dengan tepat jumlah masa yang perlu diperuntukkan untuk mengulangkaji kerana kemampuan seseorang itu berbeza. Ada pakar yang mengatakan bahawa masa mengulangkaji perlu dilakukan selama 3 bulan. Ada pula yang berpendapat selepas peperiksaan percubaan kerana anda telah menamatkan tempoh belajar bagi menghadapi peperiksaan percubaan. Yang lain pula mengatakan selama 3 minggu. Ada juga yang berpendapat mengulangkaji secara ringkas setiap minggu akan menambahkan keyakinan seseorang itu menghadapi peperiksaan. Tetapi, sebagai panduan, 6 hingga 8 minggu di saat terakhir peperiksaan merupakan tempoh yang baik untuk memulakan proses mengulangkaji. Namun, bagi pelajar yang lemah hendaklah proses mengulangkaji pecutan akhir ini dibuat lebih awal daripada yang disarankan di atas.
Anda mungkin perlu membuat ulangkaji beberapa kali sehinggalah anda benar-benar dapat menguasai setiap mata pelajaran anda.
UJI DIRI PELAJAR.
Anda haruslah menilai sejauh mana anda dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan.
Berikut ini dipaparkan beberapa cara di mana anda boleh menilai serta memperbaiki keupayaan anda menjawab soalan-soalan dalam peperiksaan.
1. Penilaian Dari Ujian dan Latihan
Ujian / Peperiksaan yang dijalankan dalam kelas merupakan satu bentuk penilaian terhadap kefahaman dan keupayaan anda menjawab soalan-soalan peperiksaan yang sebenar. Berdasarkan keputusan ujian / peperiksaan tersebut, anda akan dapat mengetahui tahap penguasaan anda terhadap mata pelajaran-mata pelajaran anda. Melalui keputusan ujian tersebut, anda boleh memperbaiki segala kelemahan anda bagi menghadapi peperiksaan yang sebenar dengan jayanya.
2. Penilaian Dari Contoh Jawapan
Anda juga boleh menguji tahap keupayaan anda dengan menjawab soalan-soalan contoh jawapan. Selepas anda menjawab soalan contoh jawapan, bandingkan jawapan anda dengan contoh jawapan. Kenalpasti di manakah kelemahan anda dan buat pembaikan sewajarnya.
3. Penilaian Secara Lisan
Contohnya, seorang pelajar menyoal kawannya dan meminta beliau menghuraikan secara lisan sehingga yang satu pihak lagi berpuas hati.
KENAL PASTI KELEMAHAN DAN PERBAIKI
Mencari Sebab (Post-Mortem)
Anda perlu mengkaji kelemahan anda setiap kali anda selesai menjawab soalan-soalan ujian. Setelah anda selesai membuat latihan ujian, semak setiap jawapan yang anda buat. Sekiranya jawapan anda salah, lakukan ‘post-mortem‘ (suatu proses mencari sebab kelemahan dan kekuatan). Setiap kesilapan ada sebab-sebabnya dan ini merupakan perkara utama yang perlu anda atasi.
Umumnya, kelemahan-kelemahan anda boleh diatasi dengan:-
* Segera / selalu bertanya kepada guru/rakan tentang masalah anda dalam pelajaran.
* Mendapatkan jawapan-jawapan yang betul bagi jawapan yang salah.
* Mengulangkaji dan membaca nota-nota anda dengan kerapkali.
* Memahirkan diri dengan teknik menjawab soalan berpandukan contoh jawapan.
Diprtik daripada: http://cikgupa.wordpress.com
Semakan Keputusan UPU Lepasan STPM
Good news for all past year STPM candidates those who have applied for admission to universities, you can check the result now after 12 noon today. As usual, there are two methods how you can check your result by online or sms. Here’s how to check for IPTA Admission for STPM leavers for the academic session 2011/2012.
Online:
SMS :
Type UPU < Space > RESULT < Space > IC No
Send to 15888
Selasa, 21 Jun 2011
Ahad, 15 Mei 2011
SELAMAT HARI GURU
Sempena hari guru pada tahun ini, marilah kita merenung dan menghayati pepatah Melayu “Guru ibarat lilin, membakar diri untuk menerangi orang lain”. Pengertian ini sangat mendalam. Ia bermakna, guru sedia berkorban, masa dan tenaga demi memastikan anak didiknya berjaya. Sama ada di dunia dan akhirat.
Oleh itu, wajarlah seorang guru itu perlu dihormati dan disayangi. Tetapi sejak kebelakangan ini, rasa hormat dan sayang terhadap guru semakin terhakis. Bukan sahaja pelajar, malah ibu bapa juga menunjukkan sikap angkuh dan rendahkan guru.
Boleh dikatakan 99 peratus daripada lebih 360,000 guru di Malaysia adalah mereka yang sentiasa mempunyai rasa tanggungjawab dan detik hati kecil untuk membantu anak didiknya berjaya.
Tidak ada guru yang akan berfikiran sebaliknya malangnya masyarakat suka dan cepat melihat keburukan daripada kebaikan dengan memberi tumpuan kepada kejadian yang dilaporkan media mengenai keburukan dan menghukum dengan pandangan serong serta prasangka, khususnya ibu bapa.
Keadaan ini membimbangkan kerana kerap berlaku ibu bapa tanpa usul periksa hanya mendengar sebelah pihak dan menyerang guru dengan mengambil tindakan yang menjejaskan kewibawaan mereka.
Oleh itu, amatlah wajar sekali kita mengembalikan rasa hormat kepada guru dalam apa cara sekalipun di Hari Guru ini untuk mengenang jasa mereka kita.
Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada semua guru-guru yang pernah mengajar saya sejak peringkat rendah sehinggalah sekarang. GURU….Jasamu sentiasa dikenang, malah aku sentiasa berdoa…Semoga anda BAHAGIA dan diRAHMATI Allah SWT selalu.
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
1979
Sabtu, 14 Mei 2011
Rabu, 11 Mei 2011
MINGGU ORIENTASI PELAJAR BAHARU PRAUNIVERSITI SMKTPG 2011
PRAUNIVERSITI SMKTPG 2011
TARIKH:
9 - 13 MEI